Rutin lama kian terkubur, mati. I'm going to miss all of these memories. Remain with me, Insyaallah. Separuh dari mereka kini sedang menjadi housemates. Sebab tu rumah kami tak pernah sunyi melainkan mereka tiada.
Dulu mungkin kita bersama kerana latihan dan pertandingan. Tetapi sekarang diberi lagi peluang untuk duduk serumah bersama mengenali antara satu sama lain dan mungkin tak akan bercakap lagi tentang rutin yg dulu tp mungkin prihal kehidupan. Sebenarnya bilangan kami sangat besar. Setiap semester akan berkumpul di suatu tempat. Adakalanya kami jumpa lebih kerap. Walaupun jarak, ideologi dan identiti berbeza itu bukan penghalang. Masih ingat lagi kemunculan mereka tika pasukan kami ketiadaan ahli. Ia merubah segalanya. Walaupun niat mereka pada mulanya bukanlah nak debat sangat. Dah masuk tak ada jalan keluar bro. hihi. Inilah dia Kelantan A dan Kelantan B suatu ketika dahulu. Insyaallah, kita pasti bersua lagi nanti.
Kami ke Melaka minggu lepas. Kami rancang plan A, bila nak pergi kami ikut plan B. Dah book hotel awal-awal, dan perjalanan kami selamat Alhamdulillah, tapi apa yg tak boleh lupa, lepas naik boat cruise tu, kami jalan-jalan. Then terasa lapar, bila nak cari kedai makan dekat Dataran Pahlawan tu, tak ada satu pun kedai makan buka. Semua dah tutup. McD penuh dan malas nak beratur. Laparnya kami malam tu, terasa macam heret kaki dah. Last2 drive cari kedai luar dari dataran tu. Padahal ada kedai mamak yg bukak dekat hotel tu. *sigh.
...
Kelip2 kan mata. Owh dan Mei. Betapa tak sedar diri dah berganti bulan. Tapi yg gembira, Kelas dr.N tak ada esok! Walaupun kelas dia sangat memerlukan fokus yg tinggi, sy fokus gila2, last2 menguap jugak. Minum air banyak2, dan tak segan silu menguap tutup mulut bila mata dr.N pandang sy. Tak boleh sorok la Dr. Maaf banyak-banyak.
Sy ingat sy boleh lepak-lepak lagi. Padahal esok sy dah kena cari supervisor sy. Dah ada lesen besar masuk pintu belakang pejabat. Walhal terang lagi bersuluh ada notis kat situ "Pelajar tidak dibernarkan masuk". Sy akan mula berkerja esok jadi apart of the staff community la kononnya . Apa failing? menguap lagi. Dan tak sabar nak borak dengan En.Razak macam rakan sekerja. *bajet*.
Well, life goes on. Assignment tak siap lagi. Nak present hari rabu. Tapi en.internet buat hal pulak. Dan2 je dia buat perangai time sy berkobar nak siapkan assingment.
Yes I'm 24 and still having my assignments around not kids. So what?? I'm going to have master degree's baby sooner, with this panda eyes. Insyaallah. Hee