Jam hilang. Beg bunga-bunga pun hilang. Puas dah mencari . Sy tahu sy simpan tempat lain. Tapi tak dapat dikesan. Ini hadiah dari abah. Cuai. Dah berminggu-minggu tak ada jam. Tak dapat nak budget masa. Meeting pukul 11.30 sy sampai 11.36 minit. Bersiap sepantas kilat bila tengok jam dah pukul 11.23. Nak berjalan ke fakulti lagi, Sampai bilik meeting 11.36 , lewat 6 minit.
Meeting tadi punya la meriah. Meeting terakhir sebelum bertolak ke Aceh. Rezeki kami jacket telah di sponser. Jimat-jimat. Duit pun tak perlu ditukar lagi. Umi dan abah dah bagi duit balance mereka lepas balik medan. Cukuplah belanja sy seorang hehe. Jutawanrupiah. Seronok meeting dengan lecturers. Kadang-kadang rasa macam dalam pasar tengah tawar harga kain. Harap program ini berjalan lancar. Harap sy sihat sejahtera kat sana.
Aura nak balik semakin menebal. Aura menyampah pun ada bila segelintir sedang mengira hari result nak keluar. Dah hampir lupa perihal itu. PA sy yg selalu tolong check kan bila tak boleh online. Bab-bab result ni, selalu akan tumpang semangat abah. Dan back pain dah kembali.
Semalam hati terpaut pada ini:
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda :
Maksudnya : "Sesiapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah akan mengujinya".
Hadis Riwayat al-Bukhari
Kesusahan pun satu ujian dan kesenangan pun satu ujian. Dulu pernah berperang dengan satu dilema. Tapi kuatkan semangat. Mungkin ada silap yg terlepas pandang. Tapi berjaya lupakan hal itu. Sy percaya, masing-masing masih panjang lagi perjalanan arah tujuan. Teruskan hidup baru. Banyak benda yg perlu sy perbaiki diri dan banyak benda perlu dibuat untuk mendapat hidup yg seboleh-bolehnya Allah Redha. Dan setelah sekian lama sy enggan berpaling lagi. Sy pernah laluinya dulu. Dan inilah jalan yg patut sy buat. Mungkin kalau tak lalui cabaran itu tempoh hari, hari ini mungkin tak dapat hidup berdikari. Dan tidak akan tahu potensi diri sendiri.
Things would be better like this. Kadang-kadang kita tak boleh jadi seperti dulu. Ada baiknya kita begini. Jangan risau. Hiduplah dengan aman damai.
Dan ini untuk ingatkan diri sendiri sebagai pedoman.
Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Tanda orang munafik ada tiga; Apabila berbicara ia dusta, apabila berjanji ia menyalahi janji dan apabila dipercayai ia berkhianat."
Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi dan Nasa'i dari Anas
Kadang-kadang bila nak selamatkan diri sendiri berdusta. Kadang-kadang untuk kepentingan diri sendiri kita taburkan janji tapi bila nak laksanakan, kita lari. Dan bila diberi amanah, kita khianati
*tiba-tiba teringat anak dara pak cik Bongkasa yg memaksa sy berjanji untuk belikan bb sempena hadiah perkahwinan. Literal dan konsepnya bukan asal sy yg berjanji. Hihi
Teringat peristiwa kena saman oleh pihak kolej kerana tidak membayar penggunaan barangan elektrik. Maksudnya sy tak bayar RM10 ringgit bagi setiap pengunaan peralatan elektrik termasuk laptop, iron, charger dan segala macam barang elektrik. Waktu tu kami sibuk dengan research ke hulur ke hilir. Tiba2 dapat surat saman. Lamanya ketiadaan kami di kolej sampai datang surat cinta dari pihak kolej. Bila kena saman mula la menggelabah. Satu bilik kena saman. Maka turunlah sy dan housemate ke pejabat kolej. Jumlah saman mestilah mahal. Satu bilik penghuninya 4 orang, barang elektrik untuk 4 orang dah berapa dah. Tak termasuk saman.
Sampai pejabat kolej, suasana macam kecoh . Macam nak announce kami muka yg kena saman ni je. Padahal inilah kali pertama kena saman. Mungkin dia pernah berhadapan dengan student yg licik dan banyak ragam kot.
Terpaksa mengadap pengetua kolej. Jadi kami cerita perkara sebenar. Bila mereka nak check jumlah barang, rupanya jumlah barang sebenar kurang dari apa yg dicatat. Barang eletrik ada 6 tapi hanya tercatat 4. Jadi kami sejujurnya membetulkan kesilapan. Akak cantik yg macam tak nak bagi muka tadi pun tiba-tiba lembut hati. Selalunya apa yg kita suka ialah lagi banyak barang elektrik, lagi kurang jumlah kena bayar lagi bagus.
Tapi berlaku jujur itu tidak pernah akan menjadi perbuatan sia-sia. Maka pengetua kolej bagi diskaun saman kami. RM5 saja untuk saman berbanding harga sebenar. Hihi.
Sampai sekarang teringat lagi sesi mendiskaunkan saman kami tu. Ketawa besar pengetua kolej. ^^
Tak rugi pun kalau berlaku jujur walau sekecil-kecil perbuatan berbanding berdusta.



0 comments:
Post a Comment