Dari Banda Aceh, kami menuju ke Institusi Ar-Raniry untuk program seterusnya iaitu seminar. Perjalanan tak jauh mungkin sebab jalan tak sesak. Semua dah sedia dengan kelengkapan masing-masing. Presenter pun dah tak sabar barangkali. Kali ni gambar banyak sikit, nak upload je yang kurang kerajinan. Seminar ini berkaitan dengan kelestarian maklumat dan ilmu nusantara. Mungkin lebih menjurus ke arah menjaga dan memulihara bahan-bahan maklumat untuk kegunaan akan datang.
Pagi itu terbangun sangat awal. Alarm hp menunjukkan jam 6 pagi. Sy orang terawal mandi. Rupanya sy lupa itu adalah waktu Malaysia. Jadi sy mandi pukul 5 pagi waktu Aceh. Hoho. Kami bertiga memang selalu awal. Maklumlah bertiga dan bilik air ada satu. Nak tunggu turn tu yg lama.
Muka riang ria waktu pagi.
Selamat pagi Aceh~
Jalan raya yg tenang. Mereka sudah mula mencari rezeki.
Sampai di Institusi Ar- Raniry, kami mula bantu membantu untuk kelancaran majlis. Gambaran tentang institusi ini samar-samar kerana bangunanya bukan berada di satu tempat yg sama. Seminar ini adalah dengan kerjasama Fakulti ADAB, dan rasanya ramai pelajar Malaysia yg belajar di institusi ini. Tapi tak jumpa sorang pun pelajar Malaysia. Semua warga negara tempatan. Jam 9 pagi, dewan mulai penuh.
Agihan fail kepada para peserta.
Sesi pendaftaran
Presenter UiTM, K.Mas. Ayu gitu dengan aura bakal pengantin. =)
9 lecturers, 3 lagi tengah ada urusan yg berkaitan dengan seminar.
sedang sibuk cari sudut yg sesuai, terpandang mereka. SMILE~
Dr. Zu sebagai Pengarah projek memberi ucapan
K.Mas as the first presenter.
Dr. Azman presenter kedua dari UiTM
Photographer sedang melepak kat belakang.
Bersama ajk dari Institusi Ar- Raniry
Lepas makan tengah hari, kami pulang ke hotel. Tiada aktiviti rasmi dan mula-mula kami bajet penat. Sebab dah landing tapi kedai-kedai sudah menyeru nama kami. Hehe. Jadi kami mula start nak shopping. Naik labi-labi. Agak hot kat dalam. Terasa sangat adventure. Selalu datang dengan family, tak pernah naik labi-labi ni. Jadi excited sikit la.
Tapi hari pertama, sy dan Farah tak shopping lagi. Kami survey. Sampai je depan kedai, peniaga dah mula menggoda duit kami. Ada yg cakap melayu, tapi fashion di Aceh lagi ok berbanding Medan. Habis tawaf kedai, kami ke Masjid Raya Baiturrahman. Disebabkan kami tak shopping, jadi kami ada banyak masa nak photoshoot kat sini. Seronok!
Kami ingat kan kanak-kanak di sini belajar mengaji sahaja, rupanya ada yg sedang belajar bahasa Inggeris. Aktiviti mengimarahkan masjid ini membuatkan masjid tak sunyi malah ramai ibu bapa bawa anak-anak bersiar-siar di sini.
Suasana Aceh pasca tsunami
Bila masuk dalam masjid ini, rasa sangat tenang. Mereka beruntung di dedahkan dengan aktiviti keagamaan untuk kesenangan akan datang berbanding anak-anak yg sibuk nak jadi bintang suara. Moga Allah kuatkan semangat para pendidik anak-anak ini dan semoga usaha itu tak akan sia-sia di kemudian hari untuk membangunkan Aceh yg dulunya terkenal dengan aktiviti keilmuan dan keagamaan.
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me





0 comments:
Post a Comment